Fitnah di facebook, Ismail Sabri saman Lokman Adam

Oleh MHDAILY

Fitnah di facebook, Ismail Sabri saman Lokman Adam. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap Lokman Noor Adam atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial.

Ismail yang juga naib presiden Umno, selaku plaintif memfailkan saman fitnah tersebut atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada 8 Sept lepas, dengan menamakan Lokman, 49, yang merupakan ahli Umno selaku defendan tunggal.

Dalam penyataan tuntutan, Ismail, 62, mendakwa Lokman pada 22 Ogos lepas telah membuat kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif dalam satu video bertajuk “Bila Presiden Umno Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir – Lokman Adam”.

Baca Artikel Penuh