Filem 35mm tak masuk dalam pawagam, ini jawapan Syahmi Sazli

Oleh MHDAILY

Filem 35mm tak masuk dalam pawagam, ini jawapan Syahmi Sazli .Selepas berjaya mencipta fenomena melalui filem sulung Mael Totey The Movie sehingga meraih kutipan RM6.4 juta, Muhammad Syahmi Sazli kini tampil dengan karya terbaru yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Karya baharu bertajuk 35MM itu dijadualkan akan disiarkan pada 21 Jun depan di Astro First dan bukan di pawagam seperti filem sulungnya Mael Totey The Movie.

Ramai yang menimbulkan pertanyaan mengapa filem kedua kali ini tidak ditayangkan di pawagam.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Susulan itu Syahmi menerusi hantaran Facebook menjelaskan ada beberapa faktor yang menyebabkan filem keduanya tidak dapat ditayangkan di pawagam antaranya mengambil kira tempoh menunggu untuk ditayangkan yang lama.

“Pertamanya, filem ini Mi deal tahun lepas lagi dengan pihak penerbit dan kru produksi. Kontrak dan bayaran semua berdasarkan tayangan Astro First. Bayaran untuk kru talent semua kena ditambah lagi kalau kita tukar tayangan di pawagam.

Filem 35mm tak masuk dalam pawagam, ini jawapan Syahmi Sazli

“Keduanya, masa Mi berurusan nak buat filem ini, pawagam masih lagi belum dibuka untuk 100 peratus kapasiti dan harus berjarak.

“Selepas selesai penyuntingan baru-baru ini baru keluar SOP baru yang pawagam sudah boleh masuk 100 peratus kapasiti. Bermakna kami sudah terlambat.

“Ketiga, untuk tayangan pawagam, ambil masa yg boleh tahan lamanya. Antara sebabnya adalah kena tunggu giliran. Kalau filem 35MM ini nak tayang pawagam, mungkin paling awal pun tahun depan atau 2 tahun depan,” jelasnya.

Justeru itu Syahmi berkata, dia dan pihak penerbit putuskan untuk tayang di Astro First walaupun karya ini memakan kos sebanyak RM1 juta.

Trailer filem berkenaan juga telah disiarkan di Facebook rasmi Syahmi Sazli.

BACA:

Lizzy uji nafsu lelaki lagi, kali ini tunjuk nak pakai baju dalam pula

Program bantuan RM1,200 sebulan untuk belia, mohon sekarang