Fikry Ibrahim nekad beli Ford Ranger, sedih tak dapat bantu mangsa banjir tahun lepas

Fikry Ibrahim nekad beli Ford Ranger, sedih tak dapat bantu mangsa banjir tahun lepas. Dalam keadaan tidak terjangka, banjir terburuk telah berlaku di beberapa lokasi di sekitar Selangor pada Disember lalu dan boleh dikatakan ramai orang tidak bersedia apabila ia terjadi.

Malah, bantuan juga lewat tiba dan terdapat banyak kesukaran yang terpaksa dihadapi. Oleh itu, mahu lebih bersedia jika banjir kembali tercetus maka Fikry Ibrahim yang merupakan seorang pelakon telah membeli sebuah kereta model Ford Ranger.

Fikry telah berkongsi gambarnya bersama keretanya itu di Instagram miliknya dan berharap bahawa kereta tersebut dapat memberikan bantuan kepada pihak yang memerlukan jika banjir berlaku.

Tambahnya, dirinya terkilan kerana hanya dapat memberikan bantuan yang terhad disebabkan beberapa faktor ketika berlakunya banjir sebelum ini. Dia juga berharap rakyat Malaysia akan dilindungi Allah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti memujinya serta mendoakan usaha murninya akan dipermudahkan.

Fikry Ibrahim nekad beli Ford Ranger, sedih tak dapat bantu mangsa banjir tahun lepas

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

BACA:

Shuib belanja view rumah 3 tingkatnya dalam proses ubahsuai, terkejut tengok lantai

NASA berjaya selamatkan bumi dari asteroid, buat live letup guna kapal angkasa

“Sebijik suara Tokti!”, gadis cantik di Tiktok tarik perhatian ramai