‘FFIRA’ tiada dalam kamus Sepanyol, ada dalam Bulgaria bermaksud pembaziran

Oleh MHDAILY

Kerajaan Kedah berpendapat tiada keperluan menamakan stadium mini di Kuala Nerang dengan Ffira Mikah kerana ia menyebabkan tanggapan negatif masyarakat.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Dr Mohd Hayati Othman, bagaimanapun berkata pihaknya berpendapat isu berkenaan selesai selepas nama stadium mini berkenaan akan ditukar selepas ini.

“Sepatutnya kita tidak perlu letak nama sebegitu kerana ia mengundang pelbagai persepsi masyarakat.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Bagaimanapun saya anggap perkara ini selesai kerana difahamkan nama stadium itu akan ditukar selepas ini,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Isu kemudahan milik Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) itu menarik perhatian ramai selepas penjenamaan semulanya menjadikan ia dikenali sebagai Mini Stadium Ffira Mikah.

Hal itu kerana orang ramai berpendapat perkataan tersebut sebenarnya merupakan nama Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor, yang dieja secara terbalik.

Bagaimanapun Hakim Ariff hari ini dilaporkan berkata namanya tiada kaitan sebaliknya perkataan itu dipilih dalam mesyuarat pentadbiran pihak berkuasa tempatan terbabit.

Dia juga mendakwa Ffira adalah perkataan yang diambil dari bahasa Sepanyok atau Greek, manakala Mikah berasal dari bahasa Arab.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini secara dalam talian mendapati tiada bukti menyokong kenyataan tersebut.

Perkataan ffira tidak diiktiraf sebagai salah satu perkataan Sepanyol atau Greek, malah pengesanan automatik Google menunjukkan ia adalah bahasa Bulgaria dan membawa maksud “pembaziran”.

Mohd Hayati berkata kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai pemilihan nama stadium mini berkenaan kerana ia berada dalam bidang kuasa MDPT.

Katanya pihak berkuasa tempatan berkenaan sudah dinasihat agar memilih nama tokoh sejarah tempatan atau nama individu yang pernah berjasa dan sesuai bagi menggantikan nama Ffira Mikah.

Berita penuh ; https://m.malaysiakini.com/sukan/555064