Feri Pulau Pinang, Menteri Pengangkutan jangan membisu – Lim

Oleh MHDAILY

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng menggesa Menteri Pengankutan Wee Ka Siong untuk mengarahkan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menghentikan persiapan menamatkan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang “ikonik”.

Lim menggesa Wee mengarahkan dua badan itu memudahkan penerusan perkhidmatan feri seperti biasa pada 1 Jan 2021, setelah CEO PPSB Sasedharan Vasudevan mengumumkan perkhidmatan itu akan dihentikan pada 31 Dis.

“Wee harus berhenti membisu dan mengarahkan kedua-dua PPC dan PPSB menghentikan persiapan menamatkan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik tetapi sebaliknya memudahkan penyambungan segera perkhidmatan seperti biasa pada 1 Januari 2021.

Baca Artikel Penuh