Faztival Fazura diiktiraf dalam Malaysia Book of Records

Faztival Fazura diiktiraf dalam Malaysia Book of Records

Faztival Fazura diiktiraf dalam Malaysia Book of Records. Pelakon dan penyanyi Fazura meluahkan rasa syukur apabila konsert sulungnya, Faztival Fazura 2022 yang berlangsung di Axiata Arena, pada Ahad, mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.

Malaysia Book of Records

Pada malam itu, Konsert Faztival Fazura 2022 telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records dengan penciptaan dua rekod baharu peringkat kebangsaan iaitu The Largest ‘Tudung Fazura’ Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia.

Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin berharap untuk menjadikan Faztival Fazura sebagai acara tahunan anjuran syarikatnya.

Alhamdullillah Faz bersyukur kerana konsert ini mendapat sambutan luar biasa dan tidak menyangka dapat mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records.

Faztival Fazura diiktiraf dalam Malaysia Book of Records

Selain daripada menghargai para peminatnya, anjuran konsert ini juga untuk membantu merancakkan industri hiburan tanah air dan kegiatan ekonomi industri hiliran yang lain seperti pelancongan dan Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE) tempatan yang telah banyak menerima kesan akibat pandemic COVID-19, selaras dengan aspirasi #MilikSemua.

Serentak dengan penganjuran konsert tersebut, isteri kepada aktor Fattah Amin ini juga telah melancarkan produk terbaru dipasarkan syarikatnya iaitu Fazura BeautyWater, minuman tanpa gula yang diperkaya dengan lycopene, untuk mencantikkan kulit secara semulajadi.

8000 penonton

Faztival Fazura diiktiraf dalam Malaysia Book of Records

Faztival Fazura dimulakan dengan nyanyian pembukaan oleh Datuk M Nasir serta penampilan khas Fattah Amin dengan aksi silat mengiringi lagu Mentera Semerah Padi di hadapan lebih 8000 penonton.

Konsert yang dianjurkan di bawah jenama Fazura tersebut turut menghimpunkan penyanyi terkemuka tempatan yang lain seperti Datuk Awie, Ratu Rock Malaysia, Ella, kumpulan Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi.

Turut mengadakan persembahan ialah Mulan Jameela dan Ahmad Band dari Indonesia.

Fazura sendiri turut tampil menghiburkan peminat menerusi lagu-lagu medley popularnya dan diakhiri dengan gubahan semula lagu Jika Cinta Allah yang diiringi petikan gitar akustik oleh Ahmad Dhani.

Konsert Faztival Fazura 2022 menutup tirai dengan persembahan khas Ahmad Band yang diketuai Ahmad Dhani.

BACA:

Selalu pakai baju sedondon, netizen syak ini kekasih Shuib

Baru usia 20 tahun, usahawan wanita ini jadi individu berpengaruh di Malaysia

Dakwaan kahwin sebab harta, ini respon panas dari Ayda Jebat

CATEGORIES