Pada 4 hb Mac 2010 syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) telah menghantar permohonan kepada KDN untuk mewujudkan sebuah One Stop Center (OSC) bagi pengeluaran visa dari negara China bagi memudahkan proses pengeluaran visa dari negara tersebut ke Malaysia.
Oleh kerana permohonan visa adalah terlalu tinggi dan empat Pejabat Atase di negara China menghadapi masalah memproses visa atas kekangan kakitangan di RRC (Republik Rakyat China) dan setelah melalui proses Proof Of Concept dan catitan minit daripada Dato Sri Hishamudin, YBM KDN waktu itu “”Sila Teliti Macamana Kelulusan Untuk India”” maka surat kelulusan di keluarkan pada 15 hb Mei 2012 kepada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk tempoh selama 7 tahun.
SPPV-VLN untuk RRC ternyata berkesan dan dapat menyelesai kelewatan kelulusan berjuta permohonan visa lawatan warga Republik Rakyat China ke Malaysia..
Pada 16 hb Mei 2013 DS Zahid Hamidi telah mengambil alih sebagai Menteri di KDN.
Pada 23 hb Mei 2013 syarikat UKSB telah menghantar surat kepada YAB PM (ketika itu) untuk menyambung kontrak SPPV – VLN dan YAB PM pada waktu itu telah minit surat tersebut kepada DS Zahid dengan mencatat “”Sila Bantu Sehabis Baik. Kontrak Ini Perlu Di Teruskan””.
Pada 30 hb Julai 2013., kontrak di muktamadkan dan perjanjian ditanda tangani antara syarikat UKSB dan kerajaan Malaysia untuk tempuh selama 7 tahun..
Pada 27 hb Okt 2015 pihak syarikat UKSB telah menghantar surat kepada YAB PM (waktu itu) memohon kepada kerajaan untuk melaksanakan E-Visa.
YAB PM (waktu itu) telah mencatitkan minit saperti berikut “Dato Sri Zahid, Syarikat Telah Di Anugerahkan Pengeluaran Visa, Sila Teruskan Untuk E-Visa”., kemudian DS Zahid telah mencatitkan minit ke atas surat tersebut SUB IMM, Saya Tiada Halangan Untuk Penyelarasan””.
Pada 11 hb Mac 2016 syarikat UKSB telah memaklumkan kepada Republik Rakyat China bahawa proses caj Visa adalah sebanyak RM205 setiap seorang., ditanggung oleh pemohon..
SPPV-VLN adalah satu sistem yang terbaik kerana ia tidak melibatkan dana awam, tidak melibatkan duit rakyat, kontrak tidak melebihi 7 tahun sebagaimana prosedur kerajaan maka cadangan daripada syarikat UKSB “tidak perlu” melibatkan UKAS kata saksi pendakwa ke dua En Azman Azraa pegawai KDN (waktu itu).
Terdapat keterangan dalam mahkamah bahawa syarikat ULTRA KIRANA SDN BHD masih lagi mengurus kan Visa Luar Negara hingga ke hari ini, bermakna kontrak ini telah diluluskan di zaman DS Hishamudin dan disambung di zaman DS Zahid.., di sambung lagi di Zaman TS Muhyidin dan di sambung lagi hingga hari ini oleh DS Hamzah Zainuddin (4 org Menteri).
Isunya kini.., mengapa DS Zahid Hamidi Presiden UMNO yang di heret ke Mahkamah ?
Kita nantikan siapakah orangnya di sebalik Syarikat ULTRA KIRANA SDN BHD berkenaan
Sumber:
.