Fahmi Feza selamba tolak jemputan TMJ nak jumpa, “saya harap kamu faham”

Oleh MHDAILY

Fahmi Feza selamba tolak jemputan TMJ nak jumpa, “saya harap kamu faham”. Pelawaan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumpa aktivis politik selamba ditolak oleh Fahmi Reza.

Memetik TheVocket, Sebelum ini, Fahmi Reza ada memuat naik satu grafik yang menunjukkan perbezaan di antara Tunku Ismail dengan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dalam menerima satira politik.

Selepas itu, Tunku Ismail memuat naik satu hantaran di laman Twitter miliknya yang mengandungi mesej permohonan maaf yang dihantar kepada Fahmi kerana menyekat beliau di laman Twitter dan berharap untuk berjumpa secara empat mata dengan Fahmi.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

β€œSorry. Harap kita dapat jumpa. Saya suka jumpa anti monarch ni semua. Interesting. Tanya @Marina_Ibrahims,” kata Tunku Ismail mempelawa Fahmi Reza dalam ciapannya di laman Twitter semalam.

Fahmi Feza selamba tolak jemputan TMJ nak jumpa, "saya harap kamu faham"

Bagaimanapun, pelawaan Tunku Ismail ini ditolak oleh Fahmi Reza dengan alasan bahawa dia tidak mahu berjumpa dengan kumpulan elit politik atau pun mereka yang datang dari kelas pemerintah, kerana tidak mahu dilihat bias atau rapat dengan mana-mana pihak.

β€œSaya lebih senang kakal sebagai seorang aktivis yang independen. Harap kamu faham kenapa saya tolak jemputan kamu. Kalau kita berjumpa, macai-macam akan label saya β€˜baru TMJ’ lah pulak nanti,” kata Fahmi membalas mesej pelawaan yang dihantar oleh Tunku Ismail.

Perbualan di antara Fahmi dan Tunku Ismail mendapat pelbagai reaksi pengguna maya. Sebahagian orang menyatakan bahawa Fahmi bersikap kurang ajar kepada Tunku Ismail, manakala yang lain pula memuji sikap Tunku yang tenang.

BACA:

Tuntutan Sulu: Didakwa jadi punca, Tommy Thomas akhirnya buka mulut

Kerajaan sediakan pakej bantuan khusus untuk wanita, semak di sini