Facebook bakal tukar nama baru – Mark Zuckerberg

Sebelum ini kecoh satu dunia selepas aplikasi Facebook, WhatsApp dan Instagram mengalami gangguan sehingga menyebabkan ramai pengguna tidak dapat mengakses selama beberapa jam.

Walaupun ianya dapat dibaiki dalam tempoh kurang 12 jam, syarikat yang dipimpin Mark Zuckerberg masih menglami kerugian berbillion ringgit.

Ini kerana pelabur membawa saham mereka keluar dari Facebook secara beramai-ramai. Mungkin itulah antara sebab mengapa Facebook merancang untuk mengubah nama mereka.

Facebook bakal tukar nama baru - Mark Zuckerberg

Ya, berdasarkan laporan TheVerge, Facebook dimaklumkan merancang untuk membuat penjenamaan baharu minggu hadapan. CEO, Mark Zuckerberg turut akan berkongsi kepada kita semua nama baharu itu dalam persidangan Connect tahunan.

Nama aplikasi dibawah Facebook tenggelam?

Umum sedia maklum Facebook sebelum ini telah membeli banyak aplikasi media sosial. Contohnya, Instagram dan WhatsApp yang dibeli Facebook bagi mengukuhkan lagi pegangan media sosial mereka.

Disebabkan penjenamaan semula perlu dilakukan kerana nama aplikasi yang dibeli tidak datang dari pihak Facebook tetapi dari pemilik asal. Dengan itu, semua syarikat yang berkait bersama Facebook akan dikenali dengan sebuah nama di bawah satu bumbung yang sama selepas ini.

BACA JUGA : Panas !!! JKNJ dedah remaja meninggal dunia selepas terima vaksin
Hasbie Muda dilantik Ketua Pemuda Amanah baharu
Boleh didakwa jika cerita lucah di tempat awam

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Facebook bakal tukar nama baru – Mark Zuckerberg […]