Exco Kelantan mahu KKM ambil tindakan terhadap kakitangan dedah isu potong ‘Q’

Oleh MHDAILY

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap kakitangan yang tidak patuh pada etika kerja bagi memberi pengajaran kepada mereka yang terbabit terutamanya dalam isu ‘potong barisan’ suntikan vaksin Covid-19 yang didakwa ditularkan kakitangan kementerian itu sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, pihaknya menafikan mereka terlibat dengan sebarang gesaan sehingga wujudnya penularan tersebut.

“Kementerian Kesihatan seharusnya memperkuatkan sistem pentadbiran mereka dan mengambil tindakan kepada kakitangan yang mungkin lalai sedikit dari peraturan serta prosedur yang sepatutnya.

Baca Artikel Penuh