Exco dikritik hebat kerana ‘claim’ peluang kerja di Selangor sebagai penuhi manifesto Pas Terengganu

Exco dikritik hebat kerana ‘claim’ peluang kerja di Selangor sebagai penuhi manifesto Pas Terengganu.Tindakan kerajaan negeri Terengganu yang menghantar rakyatnya secara beramai-ramai untuk bekerja di Selangor, diselar Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Menurutnya, penghantaran beramai-ramai rakyat Terengganu ke Selangor membuktikan kegagalan Pas mencipta 20,000 peluang perkerjaan seperti manifesto mereka ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Tindakan itu juga katanya, dianggap sebagai pengakuan betapa maju dan dinamiknya Selangor negeri Pakatan Harapan yang selalu dicerca oleh Pas.

“Walaupun Terengganu melahirkan bilangan tertinggi murid sekolah cemerlang tingkatan 5 setiap tahun, tetapi tiada usaha baik dari kerajaan negeri untuk membantu mereka dalam kerjaya seterusnya membuatkan anak muda tidak berpeluang serta tidak berminat kerja di Terengganu dan ingin berhijrah ke lembah Klang negeri ditadbir Pakatan Harapan.

“Dengan sikap demikian Terengganu akan menjadi ‘pesaing sengit kepada Bangladesh’ sebagai pengeksport perkerja teramai dunia keluar dari negeri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Exco dikritik hebat kerana 'claim' peluang kerja di Selangor sebagai penuhi manifesto Pas Terengganu

Terdahulu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak mengumumkan pelepasan pekerja Terengganu ke sebuah kilang Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn.Bhd, di Shah Alam.

Dalam hantaran di Facebook, Alias berkata, ia merupakan salah satu tawaran Manifesto Pas Terengganu pada PRU ke 14 yang lalu untuk menyediakan 20,000 peluang pekerjaan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Terengganu Human Resources Development Center (THRDC) atas usaha mengurangkan indeks pengangguran di Terengganu.

Sementara itu Kamarul mengulas, sikap dan polisi kerajaan Pas yang diselar lembab itu tidak mengejutkan kerana sebelum ini Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah menghampakan rakyatnya dengan mengambil begitu ramai orang Selangor ke dalam pejabat menteri besar dan syarikat GLC negeri.

Bahkan katanya, banyak individu luar dalam GLC Terengganu yang mana setiap seorang daripadanya membolot berbelas jawatan ahli lembaga pengarah seolah-olah tidak ada anak jati Terengganu lain yang layak dan terus tersisih.

“Kera di rimba di susukan, anak di pangkuan mati kelaparan. Ini lah nasib anak jati Terengganu hari ini,” ujarnya.

BACA:

Naik gaji tiga kali ganda kerana Omicron
Disangka tayar buruk, rupanya 2 ekor ular sawa gergasi sedang berlingkar
Sembur tahi cicak guna waterjet, Vida minta netizen henti kutuk Rina

CATEGORIES