Exco dedah sambutan pelajar tahfiz di Penang terhadap vaksin masih rendah

Oleh MHDAILY

Exco dedah sambutan pelajar tahfiz di Penang terhadap vaksin masih rendah.Seramai 1,534 atau 27.13 peratus daripada 5,654 remaja yang belajar di sekolah agama, tahfiz dan pondok pengajian Islam di negeri ini mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.

Daripada jumlah itu, pelajar sekolah tahfiz mencatatkan jumlah penerimaan terendah dengan 7.5 peratus atau 202 orang daripada 2,659 pelajar secara keseluruhan.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang Dr. Norlela Ariffin selepas pihaknya mendapati hanya 1,534 pelajar sahaja daripada tiga jenis sekolah agama itu divaksinasi setakat ini.

Baca Artikel Penuh