Empat bulan tinggal dengan mayat adik, takut kesunyian punya pasal

Empat bulan tinggal dengan mayat adik, takut kesunyian punya pasal

Gara-gara tidak mahu kesunyian, seorang lelaki di Ukraine sanggup hidup dengan mayat adik lelakinya selama empat bulan.

Valeriy, 52, membiarkan mayat adiknya, Andrey, 42, mereput di atas sofa dalam rumah mereka.

Malah, dia berpura-pura seolah-olah adiknya itu masih hidup dengan sering berborak dan makan di depannya.

Lelaki itu menjelaskan, dia tidak tergamak mengebumikan adiknya yang dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung pada musim luruh lalu.

Jiran kepada lelaki itu, Albina berkata, dia hanya mengetahui rahsia Valeriy selepas menghidu bau busuk dari kediaman berkenaan .

“Kami tercium bau busuk dan melihat seorang lelaki terbaring di sofa dengan ditutup selimut.

“Alangkah terkejutnya apabila kami membuka selimut itu dan melihat mayat manusia yang mereput dan tinggal rangka.

“Dia kerap berborak dengan mayat adiknya kerana takut kesunyian,” katanya seperti dilaporkan portal Daily Star.

Media tempatan melaporkan polis mengambil rangka itu dan menghantarnya ke bilik mayat.

Mayat lelaki itu kemudian dikebumikan.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Polis wilayah Dnipropetrovsk, Hanna Starchevska mengesahkan bedah siasat ke atas mayat lelaki tidak menemui sebarang kecederaan akibat jenayah.

Berita penuh :https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/03/681387/takut-sunyi-abang-sanggup-tinggal-dengan-mayat-adik