Empat bakul durian Musang King berharga RM12,000

Oleh MHDAILY

Empat bakul durian Musang King berharga RM12,000. Walaupun harga durian kini semakin jatuh di­sebabkan pengeluaran yang ba­nyak, namun harga bagi ­jenis musang king dikatakan masih stabil dan mendapat permintaan yang berterusan dalam kalangan peminat raja buah.

Ini terbukti apabila seorang penggemar durian dari Putrajaya sanggup mengeluarkan wang sebanyak RM12,000 untuk membeli empat bakul durian musang king dari daerah ini kelmarin.

Penjual durian, Mohammad Nafri Masrom, 33, berkata, ahli perniagaan itu merupakan pe­langgan tetapnya dan sudah beberapa kali membeli durian musang king gred AAA atau gred eksport yang mempunyai kualiti terbaik pada bulan ini.

Baca Artikel Penuh