Elon Musk nekad buang 10 peratus pekerja Tesla

Elon Musk nekad buang 10 peratus pekerja Tesla. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk ‘merasakan sesuatu yang amat buruk’ akan berlaku dalam ekonomi dan ada keperluan untuk mengurangkan 10 peratus pekerja di syarikat pengeluar kereta elektrik itu, katanya dalam satu e-mel yang dilihat oleh Reuters.

Satu mesej yang dihantar kepada eksekutif menyatakan kebimbangannya itu dan memberitahu untuk ‘menghentikan semua pengambilan di seluruh dunia’.

Tinjauan yang suram dibuat dua hari selepas bilionair itu memberitahu kakitangan supaya kembali ke tempat kerja atau meletakkan jawatan, sekali gus menambah kepada meningkatnya amaran dalam kalangan pemimpin perniagaan mengenai risiko kemelesetan.

Baca Artikel Penuh