Ellie Suriaty terkejut Azri Iskandar dah nak kahwin? Ini respon tuan badan

Oleh MHDAILY

Ellie Suriaty terkejut Azri Iskandar dah nak kahwin? Ini respon tuan badan. Sebelum ini, Azri Iskandar mengesahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dengan seorang penulis skrip yang dikenali sebagai Dr Azra Diera.

Mengulas lanjut hal itu, Azri menegaskan Azra bukanlah punca rumah tangganya musnah. Tambahnya, dia membuat keputusan untuk berkahwin dalam masa terdekat kerana tidak mahu membuang masa disebabkan usia yang semakin meningkat.

Lantaran itu, Ellie Suriaty tidak terkejut dengan berita itu dan cukup mengenali diri Azri kerana sudah 19 tahun hidup bersama.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Menurut laporan, Ellie menyatakan naluri seorang isteri sangat kuat dan dia sudah dapat β€˜menghidu’ hubungan Azri bersama wanita lain sebelum mereka membuat keputusan untuk berpisah.

β€œLebih baik saya teruskan kehidupan ini demi anak-anak dan tumpukan perhatian kepada kerjaya seni saya. Sebab hidup ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini.” ujar Ellie

Ellie Suriaty terkejut Azri Iskandar dah nak kahwin? Ini respon tuan badan

Untuk rekod, Azri bercerai dengan Ellie Suriaty Omar pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun menjalani bahtera rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar dan Nur Azreen.

BACA:

Jais benar orang ramai sertai Pesta Bon Odari

Lelaki kahwin dengan kambing undang kecaman orang ramai

Aksi wanita panjat telaga selepas isi air jadi perhatian