e-Testing JPJ bermula April, tiada lagi pegawai di sebelah pemandu waktu ujian

e-Testing JPJ bermula April, tiada lagi pegawai di sebelah pemandu waktu ujian.Sistem e-testing yang telah diluluskan dan diuji (POC) sejak beberapa bulan lepas kini diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dilancarkan di seluruh pusat memandu seluruh negara pada April depan.

E-testing ialah sistem ujian memandu yang dijalankan secara elektronik juga merangkumi penjanaan keputusan ujian secara elektronik secara terus selepas ujian.

Dengan penggunaan sistem yang lebih maju ini, bilangan pegawai JPJ di lokasi sewaktu ujian JPJ dijalankan juga dapat dikurangkan daripada 7 kepada 2 orang.

e-Testing JPJ bermula April, tiada lagi pegawai di sebelah pemandu waktu ujian

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, sesi pembelajaran di dalam kelas dan jalan raya masih mengekalkan kaedah sedia ada, hanya sesi pembelajaran di dalam litar yang mempunyai perubahan di mana pegawai dan calon tidak akan duduk sekali di dalam kereta.

Sistem ujian elektronik sebegini sudah digunakan di beberapa negara luar seperti Korea Selatan dan JPJ kini juga sedang ke arah pendigitalan beberapa bahagian lain seperti pelesenan.

BACA JUGA : Elak kejadian sama berulang, Nynaa Harizal kini dijaga dua bodyguard
Jetson ONE : Kereta terbang yang boleh dimiliki pada harga RM385,000
Kucing terbesar di dunia, ramai ingatkan itu anjing