“Dulu tiap kali raya, aku dimalukan, makcik bandingkan kerja aku tukang cuci dengan anak dia cikgu, lepas pada tu 5 tahun aku tak balik raya”

Assalamualaikum pembaca semua. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Saya berumur 32 tahun,

saya merupakan seorang yang bergraduan dan pekerjaan saya adalah cleaner dan tukang kebun sekolah.

Saya ingin meluah, pada tahun ini saya tak balik raya lagi. Sebenarnya sejak tahun 2020 lagi sebab saya tak suka suasana di kampung.

"Dulu tiap kali raya, aku dimalukan, makcik bandingkan kerja aku tukang cuci dengan anak dia cikgu, lepas pada tu 5 tahun aku tak balik raya"

Kenapa saya tak suka? Setiap kali saya balik soalan yang suka di tanya kerja apa? Bagi saya itu adalah soalan yang tak berapa selesa.

Dulu zaman UPSR di tanya berapa A. Zaman PMR tanya dapat berapa A. Zaman SPM tanya lagi soalan sama. Zaman STPM tanya lagi trial dapat berapa. Lepas tu lepas STPM tanya lagi sambung belajar mana. Bila kita tak dapat sambung dia bandingkan anak dia dapat sambung belajar.

Baca Artikel Penuh