Duit RM49.2 juta tersilap transfer, pasangan kekasih terus beli rumah cash tanpa buat hutang

Seorang wanita dan pasangan kekasihnya telah didakwa atas tuduhan mencuri kerana telah membelanjakan duit sebanyak RM49.2 juta yang diperoleh mereka disebabkan kesilapan transaksi.

Ceritanya bermula pada sekitar bulan Mei lepas di Australia, di mana sebuah platform mata wang krypto didapati telah memasukkan wang berjumlah RM470 ke dalam akaun Thevamanogari Manivel.

Thevamanogari Manivel bagaimanapun menyedari sesuatu yang tidak kena apabila sejumlah duit sebanyak RM49.2 juta yang dimasukkan disebabkan berlaku kesilapan sistem ketika transaksi dilakukan.

Syarikat berkenaan hanya menyedari kesilapan transaksi yang dilakukan ketika audit dilakukan pada bulan Disember.

“Seorang pekerja di Bulgaria yang ditugaskan untuk memproses membayar semula dana pelaburan tersilap memasukkan nombor dalam sistem mereka,” kata Pegawai Pemantau Crypto.com, Michi Chan Fores.

Thevamanogari Manivel kemudiannya bertindak untuk memindahkan duit berkenaan ke akaun pasangannya yang dikenali sebagai Jatinder Singh.

Baca Artikel Penuh