Duit RM215 Billion milik Elon Musk lesap

Duit RM215 Billion milik Elon Musk lesap. Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk kehilangan lebih AS$49 bilion (RM215.35 bilion) sejak beliau mengumumkan rancangan untuk membeli rangkaian sosial Twitter bulan lepas, lapor laman berita RT.

Menurut Indeks Bilionair Bloomberg, Musk bagaimanapun kekal di kedudukan teratas senarai individu terkaya walaupun sekitar satu perlima kekayaannya menyusut sejak awal April lalu. Dia kini memiliki kekayaan mencecah AS$209.9 bilion (RM922.19 bilion).

Pada Rabu lalu, saluran berita itu mendakwa bahawa kerugian Musk sebahagiannya disebabkan oleh penurunan harga saham Tesla ke paras terendah tahun ini, menyebabkan beliau kehilangan kira-kira AS$12.3 bilion (RM54.04 bilion).

Bloomberg menjelaskan bahawa penurunan mendadak nilai Tesla itu disebabkan oleh kebimbangan pelabur mengenai rancangan Musk membiayai pembelian Twitter.

Nilai saham Tesla susut 18.5 peratus bulan ini selepas merudum 19 peratus April lalu.

Duit RM215 Billion milik Elon Musk lesap

Pada 4 April lalu, Musk mendedahkan bahawa beliau memiliki 9.2 peratus pegangan dalam Twitter. Pada 14 April pula, bilionair itu mengumumkan bersedia membeli rangkaian sosial tersebut pada harga AS$44 bilion (RM193.3 bilion).

Bagaimanapun minggu lepas, Musk mengumumkan menangguhkan pembelian itu yang menyebabkan harga saham Twitter jatuh serta-merta sebanyak 20 peratus.

Pada 17 Mei lalu, Twitter memfailkan permohonan awal dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) untuk penjualan sahamnya kepada Musk dan menyatakan, pihaknya komited untuk menyelesaikan perjanjian jual beli itu secepat mungkin. – Agensi

BACA:
Tambang e-hailing dilapor naik mendadak, buat ramai resah

Terkinja-kinja menari, Nora Danish kena tegur agar tutup ‘susu’

Airport Singapura tawar 6,000 tawaran pekerjaan, bayar dalam dollar Singapura!

CATEGORIES