‘Duit Pelincir’ elak dikompaun langgar SOP, 3 polis ditahan SPRM

Duit Pelincir

‘Duit Pelincir’ elak dikompaun langgar SOP, 3 polis ditahan SPRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan tiga anggota polis, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM2,000 daripada seorang individu, bagi mengelak daripada dikompaun atas kesalahan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Duit Pelincir

Menurut sumber, semua suspek lelaki berusia 26 hingga 31 tahun ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada 6 petang tadi, selepas hadir memberikan keterangan.

“Difahamkan, kejadian berlaku apabila individu tersebut sedang menjalankan kerja mengalihkan batu-bata, dari lori kren ke rumah kakaknya yang sedang dalam pembinaan di Shah Alam, didatangi oleh ketiga-tiga suspek pada 25 Jun lalu.

“Salah seorang daripada suspek meminta dan menerima wang tunai daripada individu tersebut, agar kerja yang dilakukan individu terbabit tidak diadukan kepada Pegawai Pemantau Polis, untuk tindakan kompaun sebanyak RM20,000 hingga RM50,000, disebabkan menjalankan aktiviti tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP,” menurut SPRM dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, 9 pagi esok untuk permohonan reman.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/29/rasuah-elak-dikompaun-3-polis-ditahan-sprm/

Jika Anda Terlepas:Artis wanita ditahan kerana ambil dadah

COMMENTS

Wordpress (0)