“Duit hantaran mak mertua masih hutang dengan saya, tak bayar pun, masa kak ipar kahwin, semua ditanggung mak, bila tengok barang kemas mak, terdetik dalam hati saya..”

Saya seorang isteri dan berkahwin awal. Umur 21 tahun, masih belajar diploma.

Singkat cerita, saya berkahwin dengan suami saya selepas 5 tahun kenal dan bercinta.

Semasa bertunang dan masa majlis kahwin, ibu mertua saya tidak datang untuk melihat perkahwinan kami atas sebab sibuk kerja dan tidak ada cuti.

"Duit hantaran mak mertua masih hutang dengan saya, tak bayar pun, masa kak ipar kahwin, semua ditanggung mak, bila tengok barang kemas mak, terdetik dalam hati saya.."

Saya fikir positif bahawa ibu mertua memang tidak ada cuti dan sibuk cari duit untuk tanggung anak – anaknya yang masih bersekolah.

Dalam masa yang sama, saya rasa mungkin sebab ibu mertua rasa segan sebab duit seperti yang dijanjikan tidak sampai separuh pun diberikan kepada pihak perempuan.

Baca Artikel Penuh