Dubai nak bina ‘Bulan’ sendiri, makan kos RM22 Billion

Dubai nak bina Bulan sendiri makan kos RM22 Billion

Dubai nak bina ‘Bulan’ sendiri, makan kos RM22 Billion. Sebuah tempat peranginan berbentuk seakan ‘bulan’ sedang dirancang akan dibina di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Projek mega yang dicadangkan oleh Sandra G. Matthews dan Michael R. Henderson dari Moon World Resorts (MWR) dari Kanada itu dianggarkan akan menelan belanja sebanyak USD5 bilion (~RM22.892 bilion) dan dijangka siap pada tahun 2027 nanti.

Projek yang dikenali sebagai “Moon Dubai” itu apabila siap sepenuhnya akan terdiri daripada bangunan berupa Bulan dengan ketinggian keseluruhanya mencecah 224 meter.

Selain hotel, berdasarkan kepada pelan lantai Moon Dubai turut memaparkan yang ia dicadangkan akan dilengkapi dengan ruang hiburan kasino, kelab malam, restoran, ruang mesyuarat dan banyak lagi.

Moon Dubai disasarkan akan menjana keuntungan sehingga USD1.8 bilion (~RM8.241 bilion) hasil daripada kehadiran 10 juta pelancong ke situ dalam tempoh setahun.

Dubai nak bina 'Bulan' sendiri, makan kos RM22 Billion

BACA:

“Sebijik suara Tokti!”, gadis cantik di Tiktok tarik perhatian ramai

Lelaki ni jelajah 91 negara hanya mahu cari tandas awam paling teruk di dunia

“Sebijik suara Tokti!”, gadis cantik di Tiktok tarik perhatian ramai

CATEGORIES