Dua varian utama dari China dah masuk Malaysia – DG Hisyam

Oleh MHDAILY

Dua varian utama dari China dah masuk Malaysia – DG Hisyam. Dua varian Covid-19 utama yang menular di China iaitu varian BA.5.2 dan varian BF.7 dikesan telah berada di Malaysia, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, setakat 31 Disember lalu, terdapat sebanyak 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga kes yang dijangkiti dengan BF.7.

“Walau bagaimanapun, belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.1.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

'Aku kena paksa cerai oleh mentua lepas positif Covid-19'

“Situasi ini akan disemak dari semasa ke semasa apabila terdapat sebarang perubahan ketara yang seterusnya memerlukan perubahan dalam strategi kesihatan awam.

“Perkara ini akan diumumkan dengan segera oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada semua negara anggota WHO serta penduduk secara am,” katanya dalam satu kenyataan mengenai situasi semasa Covid-19 negara pada Isnin.

Dr Noor Hisham berkata, kedua-dua varian berkenaan merangkumi lebih 80 peratus daripada varian menular di China pada ketika ini.

“Kedua-dua varian ini tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) WHO.

“Bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China,” ujarnya.

BACA JUGA :

Perbadanan Aset Keretapi buka jawatan kosong, mohon sekarang

Aunty Purple mula jadi perhatian warga TikTok, latar belakangnya buat ramai terkejut

Atu Zero kata tak boleh nyanyi live di TV, Nabila Razali kecil hati bergurau macam tu