Dua Timbalan Perdana Menteri kena pecat

Dua Timbalan Perdana Menteri kena pecat

Dua Timbalan Perdana Menteri kena pecat. Perhimpunan Kebangsaan Vietnam, badan penggubal undang-undang negara itu, hari ini mengundi bagi memecat dua timbalan perdana menteri daripada jawatan mereka.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam satu kenyataan, yang dipercayai penganalisis sebagai anjakan baharu dalam tindakan membanteras rasuah di negara itu.

Tiada penjelasan berhubung keputusan Parlimen untuk memecat Pham Binh Minh dan Vu Duc Dam, namun langkah itu dibuat ketika negara diperintah komunis itu mempergiat usaha memerangi rasuah, walaupun terdapat kebimbangan kempen itu melumpuhkan transaksi rutin berikutan pegawai bimbang terbabit dalam siasatan.

Dua Timbalan Perdana Menteri kena pecat

Minh dan Dam tidak memberi maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan komen.

Mereka belum ditahan dan tiada pertuduhan difailkan terhadap mereka.

Jika pemecatan itu berkaitan dengan usaha antirasuah, mereka akan menjadi pegawai paling kanan yang disasarkan setakat ini.

Tindakan keras itu, sebelum ini membawa kepada penahanan seorang menteri kesihatan dan pegawai tinggi serta diplomat lain.

Dalam siasatan berasingan, ahli perniagaan terkemuka turut ditahan.

Minh, 63, berkhidmat sebagai menteri luar antara 2011 dan 2021, dan sebagai timbalan perdana menteri sejak 2013.

Dam, 59, dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 2013. Beliau terkenal dengan usahanya mengetuai perjuangan negara Asia Tenggara itu memerangi wabak coronavirus.

Pakar dalam diplomasi Vietnam di Akademi Angkatan Pertahanan Australia di Canberra, Carl Thayer, berkata pemecatan itu mungkin ada kaitan dengan dua skandal yang mengganggu pengendalian pandemik negara, terutama skandal rasuah yang dikaitkan dengan langkah membawa pulang warga Vietnam yang terkandas ke luar negara dan pembelian kit ujian COVID-19.

Parti komunis itu pada akhir Disember menyingkirkan Minh daripada biro politik, badan pembuat keputusan yang paling berkuasa dan menyingkirkan beliau serta Dam daripada Jawatankuasa Parti Pusat.

Bulan lalu, parti itu menegur Menteri Luar, Bui Thanh Son mengenai pembabitan beberapa pegawai kementerian dan diplomat dalam skandal penerbangan penghantaran pulang.

BACA JUGA :

Sabah bergolak lagi, cubaan tukar Ketua Menteri temui jalan buntu

Gadis Russia buka cerita caranya curi masuk panjat Menara 118, “saya menyamar..”

Penampilan Iman Troye buat peminat terbayang sesuatu

CATEGORIES