Dua tahun kejar ijazah, Sweet Qismina dedah hampir putus asa, susut 10 kilogram

Dua tahun kejar ijazah, Sweet Qismina dedah hampir putus asa, susut 10 kilogram. Selepas dua tahun berhempas pulas belajar sambil aktif dalam karier seni, pelakon Sweet Qismina akhirnya berjaya menyarung jubah dan menggenggam ijazah.

Namun siapa sangka, di sebalik kejayaan itu terselit kisah suka duka sepanjang perjuangan menamatkan penganjiannya.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Dua tahun kejar ijazah Sweet Qismina dedah hampir putus asa susut 10 kilogram

Dua tahun kejar ijazah Sweet Qismina dedah hampir putus asa susut 10 kilogram

Sweet Qismina atau nama sebenar, Farhanna Qismina Supandi, 24, berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti dan Kolej SEGi.

Sweet melalui Instagram mendedahkan dia hampir putus asa dan susut berat badan sehingga 10 kilogram gara-gara tekanan yang dihadapi dalam meletakkan keseimbangan antara belajar dan berlakon.

“Saya hampir putus asa kerana tidak larat apabila terpaksa membahagikan masa antara kerjaya dan pelajaran.

“Kesabaran saya teruji apabila perlu menyiapkan tesis ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bayangkan, tidak boleh keluar rumah sehingga hilang motivasi untuk menghabiskan pelajaran,” katanya sambil menambah mujur orang disekelilingya banyak memberi semangat dan motivasi.

Kejayaan ini juga katanya sebagai dedekasi kepada arwah kakaknya yang lebih mesra dipanggil Kak Pearl.

Dua tahun kejar ijazah Sweet Qismina dedah hampir putus asa susut 10 kilogram

“Disebabkan kakak, Sweet sanggup habiskan. Majlis konvokesyen ini adalah untuk kakak.

“Sweet janji untuk habiskan pengajian demi kakak sebab kakak tidak dapat pakai jubah. Jadi, ini adalah yang teristimewa buat kakak… Kita berjaya kakak,” katanya.

Tonton:

Baca:

Tahniah! Uqasha Senrose bakal bergelar ibu?

Cara semak wang tak dituntut di eGumis, mungkin ada nama anda

Elak lakukan 4 perkara ini semasa charge phone anda
[/bg_collapse]

CATEGORIES