Dua pertuduhan di mahkamah, Ahmad Maslan tak mengaku salah

Ahmad

Dua pertuduhan di mahkamah, Ahamd Maslan tak mengaku salah. Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan mohon dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan gagal mengisytiharkan wang RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bernama melaporkan, setiausaha agung Umno itu turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selepas hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Ahmad.

dua

BACA JUGA : Sah !!! Azmin jadi TPM, kata sumber Bersatu dan Umno

Pada 21 Jan 2020, Ahmad didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar berjumlah RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri itu kepada LHDN dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Beliau didakwa menerima wang itu, yang dipercayai hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov 2013 dan cek tersebut telah ditunaikan sendiri oleh Ahmad pada hari sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di LHDN, cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 30 April 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

BACA JUGA : Kerajaan baharu lebih kurang saja, tak endah SOP juga

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad dituduh memberi pernyataan palsu kepada SPRM semasa percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM, iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal mengenai isu itu di bilik sidang media, bangunan Parlimen, Jalan Parlimen di sini antara 2.45 dan 3.30 petang pada 4 Julai 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/24/ahmad-maslan-mengaku-tak-salah-atas-2-pertuduhan/

CATEGORIES