Drama Khilaf Asmara jadi kegilaan orang ramai, ini 10 fakta yang ramai tak tahu

Oleh MHDAILY

Drama Khilaf Asmara jadi kegilaan orang ramai, ini 10 fakta yang ramai tak tahu.Gandingan mantap Fattah Amin, Nelydia Senrose, Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad menerusi drama bersiri ‘Khilaf Asmara’ tular hingga menjadi perbualan wargamaya.

Siri arahan Uchee Fukada ini telahpun menemui penonton sejak 18 April lalu, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam.

Secara ringkasnya, ia mengangkat kisah yang bertemakan kekeluargaan, kepercayaan, adik beradik dan pengkhianatan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Kesinambungan drama ini boleh terus diikuti di slot Samarinda, kaca saluran TV3.

Berikut 10 fakta menarik tentang apa yang boleh dikongsi mengenai siri sensasi ini.

1. Bukan sebuah “karya adaptasi novel ke kaca televisyen (drama)”, sebaliknya Khilaf Asmara yang berkonsepkan drama bersiri merupakan olahan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim dan Uchee Fukada.

khilaf asmara tv3

2. Ia boleh ditonton semula secara online menerusi kandungan platform penstriman video, Disney+ Hotstar Malaysia.

 

3. Penggambaran Khilaf Asmara pernah dihentikan seketika pada November tahun lalu berikutan penerbitnya, Shahrulezad Mohameddin dan dua pekerja di syarikat produksinya, Radius One disahkan positif Covid-19.

Fasha Sandha Teruk Dikecam Gara-Gara Watak Hanim Dalam Drama Khilaf Asmara  - Murai MY

4. Tiga kali mendapat peluang menjayakan watak dalam drama Radius One menimbulkan andaian kononnya Fasha Sandha adalah ‘anak emas’ kepada syarikat produksi terkenal itu, namun ia sama sekali dinafikan beliau.

5. Sering diberi kepercayaan membawa watak lelaki baik yang mempesona, aktor Fattah Amin pertama kali menjayakan peranan antagonis selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia seni.

6. Seiring kematangannya sebagai pelakon, Fattah menegaskan ingin menjaga batasan membabitkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita dan menolak adegan keterlaluan. Menerusi Khilaf Asmara, babak romantis hanya dihidupkan dengan bantuan teknik kamera.

 

7. Menerusi hantaran dilakukan Fasha di Instagram (IG), gambar yang menunjukkan Nelydia Senrose menyentuh lengan Fattah untuk mempromosikan siri ini mengundang respon negatif netizen yang kurang bersetuju dengan aksi diperlihatkan.

 

8. Nelydia akui teruja dapat berganding dengan Fasha memandangkan sejak kecil dia selalu menonton lakonan aktres senior itu dan kini ia satu pengalaman yang cukup berharga apabila mereka dapat bekerjasama.

 

9. Watak Hanim, seorang wanita perampas yang ‘daring’ lakonan Fasha menjadi sasaran makian netizen di media sosial sehinggakan ada yang mahu ‘tala’ mercun roket ke mukanya!

10. Melepaskanmu nyanyian Amylea Azizan yang merupakan lagu tema siri ini sebenarnya telahpun diperam sejak setahun yang lalu. Ia menjadi karya balada terakhir Amylea kerana ingin berehat seketika daripada penghasilan genre sedemikian.

TONTON :

BACA: 

Awang Adek dilantik Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti

KKM bagi “green light” boleh salam tetamu raya masa ziarah, tapi..

Duit Ringgit makin kritikal, rakyat Singapura Q panjang ‘panik’ tukar dengan Dolar