Dos penggalak keempat : Setelah teruk dimarah netizen, akhirnya Khairy bersuara

Dos penggalak keempat : Setelah teruk dimarah netizen.Keperluan untuk memberikan lebih daripada satu dos penggalak diputuskan berdasarkan kajian dan respons ‘evidence-based’, tegas Khairy Jamaluddin.

Menteri Kesihatan itu berkata demikian menjawab ‘kemarahan’ seorang pengguna media sosial berhubung kajian yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberikan suntikan dos keempat.

Jelas Khairy, apa yang diketahui, setakat ini hanya satu dos penggalak diperlukan bagi meningkatkan ketahanan penerima terhadap COVID-19.

“Lebih dari itu, kita kaji dari masa ke semasa bila data saintifik baharu muncul.

“Yang penting respons kita ikut data yang baharu. Ini yang dimaksud respons yang evidence-based,” demikian tulis Khairy dalam entri di laman Twitter, pada Ahad.

Semalam, Khairy berkata Kumpulan teknikal KKM sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat berikutan ancaman penularan Omicron.
BACA: Omicron: KKM kaji keperluan suntikan dos penggalak keempat

Kajian itu dibuat kepada penerima vaksin Sinovac yang diberikan suntikan dos penggalak Pfizer.

Jelas Khairy, respons kementerian akan berubah mengikut kepada kesan mutasi.

Katanya, ketika vaksin COVID-19 dibangunkan, belum ada sebarang varian Delta atau Omicron dikenalpasti.

“SARS-CoV2 adalah ‘novel’ coronavirus yakni virus baharu yang pasti akan melalui mutasi.

“Apabila kita lebih tahu kesan mutasi, respons kita perlu juga berubah. Di sesetengah negara flu jab diambil setiap tahun,” ujarnya.

Terdahulu, Reuters melaporkan kajian mendapati penerima Sinovac dengan dos penggalak Pfizer menghasilkan tindak balas antibodi terhadap Omicron yang serupa dengan mereka yang menerima vaksin mRNA dua dos tanpa penggalak.

BACA:

Exco dikritik hebat kerana ‘claim’ peluang kerja di Selangor sebagai penuhi manifesto Pas Terengganu
Pegawai Menteri buka mulut berhubung spekulasi bakal digugurkan

CATEGORIES