‘Doorgift’ paling rare ! Tetamu seronok pilih sayur untuk bawa balik

Doorgift atau cenderahati daripada pengantin selalunya unik mengikut citarasa mempelai dan yang sering diberikan adalah coklat atau bunga telur.

Namun kini pasangan pengantin semakin kreatif, ada yang menyediakan hand sanitizer, roti gardenia malah ada yang berikan beras satu kilogram buat tetamu hadir.

Namun pasangan dari Indonesia ini membuat sedikit kelainan kepada tetamu yang hadir dan video mereka tular di media sosial negara seberang.

‘Doorgift’ paling rare ! Tetamu seronok pilih sayur untuk bawa balik

Apa yang unik? Pasangan tersebut menyediakan pelbagai pilihan sayuran buat tetamu, lebih menyeronokkan mereka boleh memilih sendiri sayuran mana yang ingin dibawa pulang.

Menuru SindoNews, video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @kamaniya.organizer.

Pasangan pengantin bernama Andini dan Tirta mengedarkan cenderahati berupa sayur-sayuran pada majlis perkahwinan mereka.

@kamaniya.organizer Definisi hemat 3 hari gak ke pasar ye buu 😝 #weddingtiktok #pasarsayur #weddingjawa #konseppernikahan #trendtiktok ♬ Bercyandya – DJ Bombompret

Pelbagai jenis sayuran segar disediakan dapat dilihat dalam video tersebut termasuk sawi, terung, lobak merah dan kacang panjang.

Tetamu majlis itu juga dibenarkan membawa pulang seberapa banyak sayur yang mereka suka tanpa ada had.

Malah pihak pengurusan majlis turut menyediakan beg plastik untuk digunakan tetamu bagi mengisi sayuran mereka.

Turut terlihat pelbagai ragam tetamu, ada yang mengambil sedikit dan ada juga penuh beg plastik.

Video tersebut mendapat tontonan lebih enam juta dan setengah juta tanda suka di TikTok.

Rata-rata warganet Indonesia memuji pasangan tersebut yang memberi cenderahati yang berguna buat orang ramai.

“Rezeki lancar sangat. Ini lebih baik daripada cenderahati yang pelik-pelik diberikan pasangan lain.

“Ok nak buat juga tapi nak letak dalam plastik terus atau laminate.

“Ini kalau emak aku mesti dia suruh buat-buat tak kenal kemudian minta aku ambil asing-asing sebab nak banyak,” antara komen warganet.

Baca jugaLelaki islam di Uganda ini kahwini tujuh wanita serentak undang reaksi netizen