Doktor terikat salur darah utama sampai kaki kena potong, jurutera MBSA tuntut ganti rugi RM55 juta

Sebuah hospital terkemuka dituduh menjadi punca seorang penolong jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU).

Isman Ibrahim, 41, telah memfailkan saman terhadap hospital tersebut di Mahkamah Tinggi atas kehilangan kedua-dua kakinya, lima tahun lalu.

“Saya masuk hospital kerana masalah apendiks tetapi kesilapan doktor menyebabkan kaki saya hilang.

Doktor terikat salur darah utama sampai kaki kena potong, jurutera MBSA tuntut ganti rugi RM55 juta

Prosedur pembedahan tidak dilakukan dengan betul apabila doktor tersilap menembusi dan mengikat saluran darah utama, menyebabkan kedua-dua kaki saya menjadi hitam atau gangren.

“Selepas itu, saya dipindahkan ke hospital swasta lain. Pemeriksaan lanjut menunjukkan kedua-dua kaki saya perlu dipotong untuk menyelamatkan nyawa,” katanya ketika ditemui selepas prosiding kes saman tersebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hazizah Kassim hari ini.

Baca Artikel Penuh