Doktor minta Adham Baba buat keputusan berdasarkan fakta Sains

Doktor minta Adham Baba buat keputusan berdasarkan fakta Sains

Salam, yang amat saya hormati Dato Seri Adham Baba, YBMK.

Dengan merendah diri, saya amat berharap agar Dato Seri boleh membuat keputusan hanya berdasarkan fakta sains.

With power, comes great responsibility. My wish is that you focus on what is most important to us. Focus on science. Nak kurangkan kuarantin, kenapa perlu selektif? Buat sahajalah untuk semua. Letak SOP, jalan terus.

Dato Seri tahu kan, siapa yang menjaga wad-wad SARI dan COVID? Ramai mereka adalah pegawai-pegawai kontrak; semua lapisan: terutamanya pegawai-pegawai perubatan muda. Cuma sedikit cadangan kepada Dato Seri; daripada menggunakan kuasa untuk menjarakkan darjat sedia ada, apa kata Dato Seri mengurangkan jurang “darjat” antara pegawai-pegawai KKM. Kami tidak praktis darjat-darjat sebegini. Kami hanya pegawai professional. Semua dilayan sama rata; berdasarkan fakta sains.

Boleh ke agaknya kuasa yang sama Dato Seri boleh gunakan untuk mendapatkan mereka-mereka ini penempatan tetap? Merekalah wira yang tidak didendang. Dan saya tidak nampak jalan keluar daripada pandemik ini. Kalau beginilah bercelarunya keadaan negara ini.

Tidak perlulah kita gunakan kuasa untuk diri, keluarga dan kawan-kawan sendiri; gunalah ianya untuk memanfaatkan agama, bangsa dan negara.

Saya berharapan besar kesemua pegawai-pegawai yang bekerja keras ini diberikan lantikan tetap secepat mungkin.

Hanya sekadar luahan dari pegawai bawahan,

Rafidah Abdullah

Sumber :