Doktor Kontrak : Dr Dzul bukan pembohong seperti menteri PN

Doktor Kontrak : Dr Dzul bukan pembohong seperti menteri PN. Pemerhatian saya sebagai kakitangan KKM yang bekerja dalam era 3 blok politik (BN, PH, PN). Jawapan saya pun dari sudut pandang politik. Mungkin saya bias, tapi bias saya berpandukan fakta.

1. Skim kontrak dalam KKM telah dimulakan oleh kerajaan BN sejak 2016. Semua lantikan baru KKM berstatus kontrak. Istilahnya moratorium penjawat awam.

2. Bila PH memerintah, Dr Dzul telah menampakkan usaha untuk serap seberapa banyak kakitangan kontrak ini kepada tetap.

3. Apa yang Dr Dzul buat? Dia berjaya dapatkan tambahan 10,675 penjawatan untuk KKM supaya staf kontrak dapat jadi tetap.

4. Untuk doktor yang masih belum dapat penjawatan tetap, dia naikkan pangkat dari UD41 kepada UD43 sebagai langkah sementara.

Dr Dzul

5. Langkah seterusnya untuk dapatkan lebih banyak penjawatan dan mansuhkan moratorium terencat selepas Langkah Sheraton dan PN ambil alih.

6. Bila kerajaan PN ambil alih, tidak ada langsung sentuh tentang isu doktor kontrak sehinggalah HARTAL dilancarkan. Barulah PM umumkan faedah-faedah baru. Itu pun hanya dalam PDF. Belum ada hitam putih.

7. Kesimpulan saya, yang nampak paling agresif dan betul-betul nak tolong doktor kontrak ini adalah Dr Dzulkefly masa dia jadi Menteri Kesihatan.

8. Screen shot artikel FMT tu, kalau baca penuh isinya, baru tahu apa usaha yang sedang dan akan dibuat oleh beliau. Jangan baca tajuk saja. Nah https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/08/dzulkefly-tiada-jaminan-pegawai-perubatan-siswazah-ditawar-lantikan-tetap/

9. Isu elaun kritikal pulak, betul PH memang mansuhkan untuk lantikan bermula Januari 2020. Elaun kritikal ini adalah arahan Tun Dr Mahathir melalui JPA.

10. Kalau kita ikut betul-betul isu ini dulu, memang ada beberapa Menteri PH sendiri masa itu yang menentang keputusan ini. Salah seorang adalah Dr Dzulkefly. Selain itu Syed Sadiq.

11. Mungkin ada u-turn yang nak dilakukan, tapi tak sempat sebab kerajaan PH dah tumbang.

12. Hakikatnya, mana-mana kerajaan pun tak sempurna sepenuhnya. Tapi kita boleh nilai yang mana satu yang betul-betul nak tolong rakyat, mana satu yang hanya nakkan kuasa tapi gagal perjuangkan isu rakyat.
Sumber:

Jika terlepas:Lupa lepaskan ikatan di kepala, suami bimbang isteri jadi pocong