Doktor jelaskan bahaya tarik rambut sampai bunyi, “bukan legakan sakit kepala..”

Doktor jelaskan bahaya tarik rambut sampai bunyi, “bukan legakan sakit kepala..” Pasti ada antara kita yang pernah menarik rambut secara cepat dan kuat tatkala mengalami sakit kepala.

Mungkin ia dapat melegakan sakit kepala dalam kadar yang cepat tetapi perbuatan ini bukanlah satu hal yang baik untuk kulit kepala.

Menerusi video TikTok Dr Wan, pengamal perubatan itu menegaskan yang menarik rambut sehingga mengeluarkan bunyi ‘pop’ boleh merosakkan lapisan dalam kulit kepala, seterusnya membawa kepada masalah kesihatan yang lain.

“Kalau (cara menarik rambut) mujarab, doktor tak perlu prescribe ubat paracetamol, ubat migrain, membazir duit kerajaan sahaja,” ungkapnya.

Dr Wan menjelaskan, bunyi ‘pop’ yang didengar adalah bunyi lapisan Galea iaitu lapisan bawah kulit kepala yang ditarik daripada tengkorak.

Doktor jelaskan bahaya tarik rambut sampai bunyi, "bukan legakan sakit kepala.."

“Tarik, terkoyak, pendarahan dan infection. Kesan daripada tarik rambut boleh membawa kepada jangkitan kuman, Follicultis.

“Daripada nak release sakit kepada, terus dapat jangkitan,” katanya.

BACA:

Permohonan jawatan kosong di Jabatan Akauntan Negara

Pemilihan PKR : Semua selebriti kecundang

Wanita tampal nota masa bawa motor tarik perhatian

CATEGORIES