Doktor ini terkejut terjumpa botol minyak rambut dalam perut pesakit, rupanya ini punca sebenar

Doktor ini terkejut terjumpa botol minyak rambut dalam perut pesakit, rupanya ini punca sebenar.

Sungguh mengerikan apabila botol plastik dikeluarkan daripada perut seorang lelaki di India melalui pembedahan.

Lelaki berusia 55 tahun dari Madhya Pradesh itu dipercayai menelan objek berkenaan.

Doktor ini terkejut terjumpa botol minyak rambut dalam perut pesakit, rupanya ini punca sebenar

Objek itu tersangkut di dalam perut lelaki terbabit hingga menyebabkan pembedahan segera perlu dijalankan untuk menyelamatkan nyawa.

Dr Manoj Chowdhary mengeluarkan botol pada 16 Mei dan pesakit itu kini ditempatkan di bawah pemerhatian.

Gambar selepas pembedahan menunjukkan objek itu adalah botol minyak rambut Nihar Shanti Amla berwarna hijau.

Sementara itu, hasil ujian imbasan X-ray mendapati ada botol di dalam perutnya sebelum doktor mengambil tindakan lanjut.

Masih tidak jelas sama ada lelaki itu menelan botol itu dengan sengaja dan butiran lanjut belum dikeluarkan kerana kerahsiaan pesakit.

Ia berkemungkinan dicetuskan kerana gangguan psikopatologi yang membabitkan cubaan menelan objek bukan berkhasiat untuk menyebabkan kecederaan diri.

Ia paling kerap dikaitkan dengan gangguan personaliti sempadan (BPD).

BACA:

Ramai tak tahu rupanya, Whatsapp kini boleh edit semula mesej yang telah dihantar dalam tempoh 15 minit

Beza 38 tahun, wanita ini tak sangka jumpa jodoh dekat kedai makan, siap bagi tips macam mana handle suami berusia