Doktor Indonesia perlu dapat suntikan ketiga dos vaksin

Doktor Indonesia perlu dapat suntikan ketiga dos vaksin

Golongan doktor dan petugas kesihatan perlu menerima suntikan dos ketiga vaksin Covid-19, lapor Kompas.com.

Perkara itu dicadangkan oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Doktor Indonesia (IDI), Slamet Budiarto ekoran ratusan doktor yang mati akibat wabak itu.

Slamet bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar doktor yang maut walaupun sudah menerima suntikan vaksin.

“Kebanyakan doktor yang menerima suntikan vasksin sebanyak dua kali, bermakna ini berkaitan keberkesanan vaksin tersebut,” katanya.

Menurut Slamet, sekiranya petugas barisan hadapan itu terdedah dengan Covid-19, sekurang-kurangnya mereka hanya mengalami gejala ringan.

Katanya, mereka juga perlu diberi jaminan mempunyai bilik pengasingan sendiri dan unit rawatan rapi sekiranya dijangkiti virus itu.

Hal ini katanya, kebanyakan doktor berdepan kesukaran mendapatkan katil di hospital yang menyebabkan rawatan yang diterima menjadi lambat.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/06/doktor-indonesia-perlu-disuntik-tiga-dos-vaksin/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doktor-indonesia-perlu-disuntik-tiga-dos-vaksin

BACA JUGA : Ketua Dewan Ulama Pas Selangor meninggal dunia