Doktor beri amaran risiko kesihatan bawa bayi ke pawagam

Doktor beri amaran risiko kesihatan bawa bayi ke pawagam

Doktor beri amaran risiko kesihatan bawa bayi ke pawagam.MEMBAWA bayi ke pawagam seolah-olah menjadi trend masa kini. Sesetengah ibu bapa sanggup membawa anak yang masih kecil seawal usia di bawah 6 bulan masuk ke pawagam tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku kepada kesihatan bayi.

Menerusi perkongsian doktor yang popular di media sosial, beliau mendedahkan beberapa risiko yang bakal berlaku kepada bayi di bawah usia 2 tahun jika dibawa ke pawagam. Ikuti perkongsian ini.

PAWAGAM BUKAN UNTUK BAYI

Sebelum bawa bayi kecil menonton filem di panggung wayang fikir dulu. Ada banyak faktor yang menyebabkan ia tidak berapa sesuai.
1. Bunyi diukur melalui nilai decibel (dB). Secara amnya, decibel yang selamat untuk pendengaran adalah 85 dB ke bawah. Lebih daripada itu dianggap tidak selamat jika terdedah secara berterusan. Ini untuk dewasa. Kalau bayi, pendedahan kepada bunyi yang kuat secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan.

2. Suhu di pawagam biasanya sangat sejuk; orang yang mempunyai selaput lemak yang tinggi pun boleh rasa kesejukannya. Inikan pula bayi yang kecil. Jika terdedah kepada suhu rendah terlalu lama, ia akan akibatkan hipotermia.

Doktor beri amaran risiko kesihatan bawa bayi ke pawagam

3. Pawagam adalah tempat yang tertutup. Bayi pula tidak boleh mengenakan pelitup muka akibat risiko sesak nafas. Bayi akan terdedah kepada risiko jangkitan kuman bawaan udara (airborne) dengan lebih mudah.

4. Koyak. Bayangkan tengah syok layan jiwang sambil meleleh air mata, bayi menangis sekuat hati. Hati penonton akan koyak. Stress. Nak marah tapi kena sabar. Akhirnya rasa rugi pula beli tiket mahal-mahal.
Jadi, janganlah bawa bayi atau kanak-kanak yang tak faham cerita “heavy” di pawagam. Bergilirlah tonton di pawagam ataupun dapatkan khidmat penjaga.

BACA:

Neelofa dedah rahsia mudah tidurkan Bilal, siap bagi teknik

Alif Syukri bengang soalan Pak Nil padanya terlalu kasar di program TV

Teha geram dengan peminat Usop tak hormat dirinya

CATEGORIES