Dituduh suruh ubah buku sejarah, bekas timbalan menteri akan ambil tindakan tegas

Oleh MHDAILY

Bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching berkata akan mengambil tindakan undang-undang susulan dituduh ‘campur tangan’ dalam mengubah isi kandungan buku teks sejarah sekolah.

“Kesemua tuduhan Datuk Yazid Othman adalah tidak berasas, berniat jahat dan tidak munasabah.

“Saya akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan tegas bagi mempertahankan diri dan kredibiliti saya semasa menjalankan tugas sebagai timbalan menteri pendidikan,” kata Teo Nie Ching ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Baca Artikel Penuh