Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang individu mendakwa tidak menerima gaji selama tiga bulan
Daripada stesen televisyen milik seorang pengacara terkenal bergelar Datuk.
Terkini, pelakon dan pengacara Datuk AC Mizal tampil memberikan penjelasan berkenaan isu tersebut.
“Assalamualaikum semua. Saya, AC Mizal, terpanggil untuk menjawab kenyataan fitnah yang tular di media sosial oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab.
Sepatutnya saya tidak perlu membalas atau menjawab kenyataan tersebut,
Tetapi memandangkan ramai yang bertanya mengenai isu ini, saya perlu memberi penjelasan untuk mengelakkan salah faham dan fitnah.
“Saya telah mengarahkan peguam saya dan pihak Suke TV untuk mengambil tindakan undang-undang serta-merta terhadap individu terbabit,” ujarnya.
“Oleh itu, biar mahkamah yang menentukan siapa yang benar atau salah. Saya hanya ingin menjelaskan bahawa kenyataan fitnah ini disebarkan oleh bekas pekerja yang perkhidmatan mereka telah ditamatkan kerana melanggar syarat-syarat perkhidmatan syarikat,” jelasnya.
“Kami mempunyai semua bukti, tetapi kami tidak akan menghebahkannya kepada umum. Tindakan seterusnya diserahkan kepada proses undang-undang dan sistem keadilan negara kita.
Mohon semua bertenang dan hentikan penyebaran fitnah yang tidak berasas.
“Pihak saya dan Suke TV sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak sekiranya ada isu, asalkan menggunakan saluran yang betul.
Jangan salah guna media sosial untuk kepentingan tertentu. Terima kasih,” tambah AC Mizal.
BACA: ‘Dah sebulan aku kat kampung, walaupun dia buat salah tu kecil je tapi aku rasa aku layan dia kasar’