Disko bawah tanah tetap aktif waktu PKP, 58 ditahan

Disko bawah tanah tetap aktif waktu PKP, 58 ditahan.

Seramai 58 pengunjung termasuk 22 wanita tempatan diberkas dalam serbuan terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, malam ini.

Serbuan dijalankan oleh Bahagian Jenayah Maksiat, Judi, Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.

Menurut Berita Harian, serbuan diketuai oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Nasri Mansor itu bermula pada jam 9.30 malam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, sebahagian besar pengunjung di pusat hiburan itu mula memasuki premis di tingkat bawah tanah sebuah hotel seawal jam 1 tengah hari.

Pusat hiburan itu dilaporkan kerap diserbu sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lalu kerana sering beroperasi tanpa kebenaran.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/27/disko-bawah-tanah-diserbu-58-ditahan/

BACA JUGA : Individu lengkap dos vaksin bakal dibenar rentas negeri

COMMENTS

Wordpress (0)