Disiasat bawah akta hasutan kerana hasilkan manual Covid-19 yang tidak sealiran KKM?

Oleh MHDAILY

Semalam saya dimaklumkan bahawa kenalan saya dipanggil ke IPD Putrajaya untuk memberi keterangan. Satu laporan polis dibuat terhadap beliau berikutan satu manual bertajuk “COVID-19 : PERSOALAN DAN FAKTA” yang telah disusun oleh beliau.

Polis membuat siasatan di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Wow, tak cukup dengan undang-undang darurat, now kerajaan nak guna Akta Hasutan pulak untuk melawan COVID-19?

Kenalan saya disiasat kerana menulis dan menyebarkan hasil pengumpulan kajian berkaitan COVID-19, dalam versi bukan arus perdana yang bertentangan dengan mazhab KKM.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Saya sudah melihat sepintas lalu Manual COVID-19 tersebut. Ia mengandungi 135 muka surat, 7 tajuk besar, 38 subtopic berserta 272 rujukan footnotes. Manual ini disediakan oleh seorang yang berkelulusan PhD, bukan makcik kampung.

Untuk makluman kerajaan Muhyiddin Yassin, kalau nak guna Akta Hasutan, first kena prove seditious tendency dulu. Apa itu seditious tendency, kena tengok seksyen 3(1) Akta Hasutan.

Tapi jangan pulak lupa kat seksyen 3(2) Akta Hasutan yang memperuntukkan :-

(2) Notwithstanding anything in subsection (1) an act, speech, words, publication or other thing shall not be deemed to be seditious by reason only that it has a tendency-

(b) to point out errors or defects in any Government or constitution as by law established … or in legislation or in the administration of justice with a view to the remedying of the errors or defects;

Nak bagitau kat kerajaan, tak semua rakyat bersetuju dan rela untuk menerima vaksin. Tak kisahlah atas sebab apa sekalipun, hak rakyat untuk menolak vaksin mesti dihormati.

Kerajaan tak boleh halang rakyat daripada mendapatkan maklumat-maklumat lanjut. Zaman milenium ni serba-serbi di hujung jari aje. Rakyat pun dah bijak nak tapis info.

Rakyat juga dah mula sedar, mazhab KKM tak semestinya 100% betul. Nak-nak KKM tu dah ting tong asyik dengar cakap politicians dan orang-orang yang berkepentingan.

Maka rakyat boleh membuat informed decision sebelum decide nak cucuk vaksin atau tidak. Misal kata rakyat enggan divaksin, kerajaan tak boleh attack sesiapa dengan menggunakan kuasa darurat ke, Akta Hasutan ke, Penal Code ke, and whatnot.

Muhyiddin Yassin rampas kuasa pada 29 Februari 2020. Bulan Februari tahun ni baru first anniversary. Eh, dah sibuk nak guna Akta Hasutan. Jangan buat tindakan-tindakan yang hanya mengakibatkan kerajaannya semakin dibenci.