Disebalik penafian LGM, laman FB Sedar masih tuntut jawapan beberapa persoalan berbangkit

Lembaga Getah Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang tidak menjawab apa yang dipersoalkan oleh SEDAR Malaysia. Malah kenyataan media LGM sangat lemah dan ianya telah mengesahkan wujudnya aktiviti yang kami dedahkan semalam. kami tidak kata tanah sudah dijual. Saudara- saudari boleh baca semula kenyataan kami sebelum ini untuk dibandingkan dengan kenyataan media Lembaga Getah Malaysia.

Sebenarnya kami juga tidak mengajukan pertanyaan ini kepada Lembaga Getah Malaysia, kami ajukan kepada YB Menteri. Namun oleh kerana Lembaga Getah Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan kami ingin menimbulkan lagi beberapa perkara.

1 – Lembaga Getah Malaysia tidak menafikan dokumen yang didedahkan oleh kami adalah sahih.

– bertarikh 18 Disember 2020, keputusan Menteri berkenaan pajakan lot no 200013 kepada Al Noor Foundation dengan harga pajakan tidak masuk akal

– bertarikh 5 Januari 2021, arahan YB Menteri berhubung hal ehwal hartanah milik LGM

– bertarikh 11 Mac 2021, cadangan pembelian tanah lot 200012 yang dipanjangkan dengan salinan surat dari Eurowhite Sdn. Bhd yang menawarkan harga yang tidak masuk akal.

2 – Sila rujuk perkara 5 dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh LGM, keputusan mengenai jualan dan pajakan. Kami berminat dengan pajakan. Jika ianya belum diangkat kepada YB Menteri untuk pertimbangan dan keputusan seperti dinyatakan dalam perkara 5, kenapa ada surat bertarikh 18 Disember dengan perkara Keputusan Menteri terhadap tawaran pajakan lot 200013. Ianya adalah jawapan surat LGM rujukan LGM/KP/20.3.6 bertarikh 3 Disember 2020.

3 – Kami mengucapkan terima kasih kepada LGM kerana cuba mempertahankan YB Menteri, namun ianya tidak menjawab soalan kami kepada Menteri. Malah ianya membuat kami kini yakin kegusaran kami ada asasnya.

– Mengenai pajakan lot 200012, hubungan antara Al-Noor Foundation yang didakwa menaja lawatan YB Menteri ke Turki dan dakwaan YB Menteri kutip duit komisen dari pajakan yang tidak masuk akal ini?

– Mengesahkan kegusaran kami bahawa hartanah LGM sedang dipertimbangkan untuk dijual seperti surat bertarikh 5 Januari 2021.

– Kenapa YB Menteri menghantar surat yang bertarikh 11 Mac 2021 berhubung cadangan membeli lot 200012 dengan harga tidak masuk akal.

Selain soalan awal kami kepada YB Menteri berkenaan surat itu, kami ingin menanya adakah YB Menteri cuba mempengaruhi keputusan memilih pembeli? YB Menteri juga kena jawab dakwaan akan menerima komisen jika tanah berjaya dijual.

Kepada Lembaga Getah Malaysia terima kasih kerana tidak menafikan surat-surat yang kami dedahkan itu wujud. Kami juga ingin tanya jika lot 200012 sudah tidak lagi di dalam senarai tanah warisan dan sudah ditukar warta status tanah warisan supaya proses jual beli boleh dimulakan?

Kami juga mahu YB Menteri tampil menjawab soalan yang kami kemukakan.

No photo description available.

Sumber :