Dilarang namakan anak ‘Vladimir Putin’

Ibu bapa di Sweden dilarang pihak berkuasa daripada menamakan bayi lelaki mereka yang baharu dilahirkan sebagai Vladmir Putin sempena nama Presiden Rusia.

Lapor Daily Mail, pasangan dari Laholm di selatan Sweden mengemukakan permohonan untuk menamakan bayi mereka sempena nama Presiden Rusia kepada agensi pencukaian mengikut undang-undang negara.

Namun, agensi itu tidak meluluskan permohonan tersebut tanpa menyatakan sebarang alasan.

Dilarang namakan anak 'Vladimir Putin'

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin. 

Berdasarkan undang-undang Sweden, sesuatu nama boleh dilarang daripada digunakan sekiranya ia mempunyai kandungan menyinggung perasaan atau membawa ketidakselesaan kepada pembawa.

Stesen penyiar SR melaporkan pasangan itu dimaklumkan untuk menukar nama berkenaan.

Kejadian itu bukan kali pertama berlaku di Sweden.

Sebelum ini, agensi tersebut pernah melarang beberapa nama antaranya Ford, Michael Jackson, Pilzner, Q dan Token.

Dilaporkan, pasangan lain juga pernah menamakan anak mereka sebagai Google tanpa mengalami sebarang masalah.

Pada 2019, nama Lucas, Liam dan William paling banyak dipilih untuk bayi lelaki di Sweden.

Bagi bayi perempuan, nama Alice, Olivia dan Astrid menjadi pilihan oleh penduduk Sweden.

Berita Penuh : https://utusan.news/luar-negara/2021/09/sweden-larang-ibu-bapa-namakan-bayi-sebagai-vladimir-putin/

BACA JUGA : Kecoh laman web KKM siar kematian harian 592 kes, ini penjelasan sebenar

Artikel ini disiarkan pada 13/09/2021