Dikritik netizen kerana hadir makan malam mewah, jurucakap PM Jepun letak jawatan

Oleh MHDAILY

Jurucakap utama Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga, Makiko Yamada, akan meletak jawatan selepas beliau dan birokrat kanan lain ditegur kerana menghadiri makan malam mewah yang dihoskan anak lelaki Suga.

Jurucakap kerajaan, Ketua Setiausaha Kabinet Katsunobu Kato memberitahu wartawan, Yamada akan meletak jawatan hari ini.

Pentadbiran Suga, termasuk Setiausaha Perhubungan Awam Kabinet Yamada, 60, berhadapan kemarahan awam selepas majalah mingguan Shukan Bunshun bulan lalu melaporkan bahawa anak sulung Suga, Seigo Suga, seorang eksekutif di sebuah syarikat filem, membayar makan malam mewah untuk birokrat kanan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Undang-undang Etika Perkhidmatan Awam Jepun melarang pegawai kerajaan menerima hadiah atau hiburan daripada syarikat atau individu yang boleh dilihat sebagai dorongan untuk mendapatkan sesuatu.

Beberapa laporan media tempatan juga menyatakan bahawa Yamada dimasukkan ke hospital, bermakna beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Parlimen hari ini di mana ahli politik pembangkang dijangka akan membangkitkan isu makan malam dengan Seigo Suga pada 2019, ketika beliau bertugas sebagai pegawai di Kementerian Dalam Negeri dan Komunikasi.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/03/791346/hadir-makan-malam-mewah-jurucakap-pm-jepun-letak-jawatan