Dikompaun RM62,000 : #Lawan berjaya dapat sumbangan RM92,800

Oleh MHDAILY

Dikompaun RM62,000 : #Lawan berjaya dapat sumbangan RM92,800. Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyumbang kepada tabung bantuan guaman dan kompaun 31 peserta acara nyalaan lilin di Dataran Merdeka, Khamis lalu.

SSR dalam satu kenyataan media berkata, sumbangan sebanyak RM92,800 itu dikumpul dalam masa sehari melibatkan transaksi daripada 688 individu.

β€œIa melibatkan jumlah purata sebanyak RM139 dan ramai menyumbang dengan nilai RM10 dan RM20.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

β€œSekretariat dengan ini menutup kempen tabung bantuan guaman dan kompaun #Lawan,” kata kenyataan tersebut.

Dikompaun

SSR turut memaklumkan pihaknya akan memperincikan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan bagi memastikan ketelusan mereka mengendalikan sumbangan yang diterima dalam masa terdekat.

Pada 19 Ogos lalu, kumpulan yang terdiri daripada 17 lelaki dan 14 wanita itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard Pelan Pemulihan Negara kerana terbabit dalam perhimpunan yang bermula pukul 8 malam.

Semalam, Kosmo! melaporkan SSR memohon bantuan orang ramai untuk membayar kompaun berjumlah RM62,000 dengan 31 peserta terbabit dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/25/ssr-kumpul-derma-rm92800-dalam-tempoh-sehari/

BACA:Β Pembangkang jadi Timbalan Speakar? Ini pandangan Shahidan