Dikecam pakai songkok badan separuh bogel, pereka fesyen buka mulut

Dikecam pakai songkok badan separuh bogel, pereka fesyen buka mulut. Penganjur Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) mengakui wujudnya isu membabitkan pereka fesyen dan model pada acara yang diadakan selama lima hari

Pengasas KLFW, Andrew Tan, berkata pihaknya mengambil maklum isu berkenaan akan beberapa isu yang timbul pada acara yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di sini, minggu lalu.

“Saya ambil maklum dan untuk acara selepas ini kita mungkin akan lihat garis panduan yang sesuai untuk dilaksanakan supaya perkara sama tidak berulang,” katanya kepada BH, hari ini.

Isu yang berlaku termasuk seorang pereka fesyen memakai songkok seolah-olah mempersendakan agama menerusi pemakaiannya sempena KLFW di ibu negara.

Tindakan lelaki itu tular di media sosial apabila memakai songkok dengan gaya baju separa bogel sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Dikecam pakai songkok badan separuh bogel, pereka fesyen buka mulut

Baca Artikel Penuh