Dihadap ke mahkamah kerana buli kerajaan PN, dakwa netizen

Dihadap ke mahkamah kerana buli kerajaan PN, dakwa netizen. Hari ini aku telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di bawah Seksyen 233 AKMM 1998, berikutan satu post Facebook yang dibuat pada 12 Januari 2021. Post itu berkaitan dengan perlaksanaan darurat, ada 72 likes, 6 comments dan 12 shares.

Post aku ini telah aku set ‘private’ untuk preserve sebagai bahan bukti.

Pada Feb 2021, aku telah dihubungi oleh pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk hadir memberi keterangan. Aku dimaklumkan pada ketika itu, aku disiasat mengikut Akta Hasutan, iaitu “mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kegentaran AWAM”.

Aku beri kerjasama penuh dan telah hadir memberi keterangan.

Aku juga diminta menyerahkan password Facebook, dan telefon bimbit aku dirampas oleh pihak polis.

Aku sempat bertanya kepada pegawai polis yang ambil keterangan tu, bagaimana posting aku yang hanya ada 72 likes, 6 comments dan 12 shares boleh menimbulkan kegentaran awam? Jika nak dibandingkan dengan post-post fitnah (macam post Tanaka Mustafa fitnah PH dan Covid-19) yang ada beribu likes, beribu shares, siap printscreen dan disebar dalam group whatsapp lagi, apa sangatlah post aku yang hanya ada 72 likes tu?

Pegawai polis tu jawab, “apa boleh buat, nasib awak tak baik, sebab ada orang yang buat laporan. kami pihak polis hanya bertindak berdasarkan laporan. kalau kami tak bertindak, nanti orang kata polis tak buat kerja pula”.

Selepas 4 bulan tiada sebarang update, akhirnya dalam minggu lepas aku dihubungi oleh IO Bukit Aman bahawa aku tidak akan didakwa di bawah Akta Hasutan, tapi Jabatan Peguam Negara telah keluarkan arahan aku akan didakwa dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, iaitu dakwaan “Penggunaan Tidak Wajar Rangkaian Media Sosial”.

Dan bila aku search news mengenai seksyen 233, agak lucu pula kerana seksyen 233 lazimnya digunakan untuk kes-kes buli siber seperti body shamming dsb.

Apakah posting aku itu dianggap satu bentuk “buli siber” terhadap kerajaan PN? Aku hanya mampu gelak dalam hati.

Aku mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka. Selepas itu aku dibawa ke lokap mahkamah sementara menunggu proses ikat jamin.
Aku ditahan lebih kurang 2 jam dan dibebaskan dengan ikat jamin.Aku diminta hadir untuk sebutan kes pada Ogos nanti.

Aku amat berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat yang banyak membantu aku dalam hal ini. Di zaman PKP yang tak berkesudahan ini, di mana T20 menjadi M40, M40 menjadi B20 dan B20 menjadi papa kedana, kehilangan pekerjaan, kehabisan wang simpanan, hilang kemampuan membayar hutang, putus sumber makanan sememangnya memberi impak besar kepada rakyat terutamanya dari sudut psikologi dan mental.

Semoga aku diberi kekuatan oleh Tuhan untuk mengharungi ujian ini. Semoga Tuhan memudahkan urusan mereka sebagaimana mereka memudahkan urusan aku.

Dengan kekurangan dan kelemahan aku sebagai rakyat marhaen, aku akan terus melawan kes ini.

Kepada rakyat Malaysia yang mana sudah tidak lagi mesra dengan kerajaan PN, aku memohon doa kalian untuk aku terus tabah melawan kerajaan yang jahat dan bangsat ini.

Sebagaimana janji Nabi, bahawa doa orang dizalimi tiada hijab, maka doa rakyat Malaysia yang sedang dizalimi oleh kerajaan PN sudah pasti tiada hijab dengan Tuhan.
Semoga Tuhan memudahkan segala urudan kalian dan seluruh rakyat Malaysia.

Sumber:

Jka Anda terlepas: 2 MP mahu Umno sokong kerajaan PN sampai parlimen bubar