Didie Alias gaduh dengan Enot ? ini penjelasan tuan badan

Oleh ABD RAZAK SALLEH

JIka dahulu di mana sahaja ada pelakon dan pelawak Didie Alias pastinya ada juga pelakon Enot, dimana-mana drama dibintanginya.

Namun sejak dua menjak ini kemelut antara mereka berdua dilihat berpanjangan sehingga persahabatan yang dulu erat kini terlerai.

Disebabkan itu, Didie memilih untuk tidak mengulas isu peribadi membabitkannya dan pelakon Enot lapor Berita Harian.

“Selepas apa yang berlaku, saya hanya mahu teruskan kehidupan.

Saya anggap dia sudah tiada. Saya sudah padam namanya dalam memori hidup.

Didie Alias gaduh dengan Enot ? ini penjelasan tuan badan

“Memang Enot pernah menjadi kesayangan. Saya sudah menganggapnya seperti darah daging sendiri dan tatang bagaikan minyak yang penuh.

“Dia juga anggap saya seperti ibu, kakak dan sahabat yang boleh menjaganya. Namun, apa yang berlaku membuatkan saya kecewa.

“Jika Enot mahukan kehidupan baharu, teruskanlah. Itu pilihannya. Lagipun dia bukan budak lagi. Sepatutnya pada usia sekarang, dia sudah hidup bahagia dengan anak.

“Saya sudah cuba yang terbaik dalam persahabatan, namun gagal. Saya minta maaf,” katanya seperti dipetik BH Online.

Pada masa sama Didie mengakui rindu untuk melihat anak Enot dan berharap dia dapat membesarkan mereka dengan baik.

“Saya bukan seorang yang sibuk nak ambil tahu kisah hidupnya. Tapi bila sesekali kisahnya melintas dalam media sosial, saya terbaca juga.

“Kami pernah susah senang bersama. Tipulah kalau kata saya tak rindu terutama kepada anaknya yang bijak dan saya mahu mereka jadi seperti anak-anak saya.

“Saya harap Enot dapat pikul tanggungjawab jaga anak dan cucu dengan baik. Sama seperti yang saya lakukan pada anak-anak saya.

“Saya sudah ada sasaran sendiri untuk dicapai tahun hadapan. Alhamdulillah, saya sudah dapat apa yang saya mahukan, tahun ini. Semangat saya tinggi, dia tak boleh nak ikut saya,” jelasnya.

Baca juga: Pasti jimat poket jika ikut 5 tips selamatkan kereta tenggelam banjir