Diddy AF4 kini bergelar doktor dari Universiti di England

Diddy AF4 kini bergelar doktor dari Universiti di England

Diddy AF4 kini bergelar doktor dari Universiti di England. “Bila penilai dari University of Liverpool, England dan Queen Margaret University, Scotland cakap ‘pass’ (lulus) dan ‘minor correction’ (sedikit pembetulan), saya nangis (menangis) satu malam. Syukur alhamdulillah saya lulus.”

Demikian kata penyanyi Diddy Hirdy, 37, selepas melalui proses pembentangan viva bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di University of Liverpool dalam bidang muzik yang dibuat secara dalam talian beberapa hari lalu.

Menurut Diddy, hari konvokesyen bakal dijalankan pada Disember ini dan berharap dia dapat menghadirkan diri.

“Perjuangan mendapatkan PhD ini bermula sejak 2017. Alhamdulillah, selepas lima tahun saya berjaya selesaikan walaupun pelbagai cabaran ditempuh. Sebagai contoh, saya bermula di Glasgow, Scotland, kemudian penyelia saya berpindah ke Finland. Dia ajak ikut sekali, tapi saya tak boleh sebab baru 10 bulan duduk di Glasgow. Namun, saya ambil keputusan berpindah ke Liverpool dan teruskan dengan penyelia sewaktu peringkat Ijazah Sarjana.

“Bagi saya, ini cabaran terbesar saya apabila perlu bertukar penyelia dan berpindah. Sedikit sebanyak ia mengganggu. Apabila merantau di negara orang, ia sangat susah. Itu belum lagi masalah timbul ketika nak pindahkan barang dari Glasgow ke Liverpool.

Diddy AF4 kini bergelar doktor dari Universiti di England

“Saya ingat lagi ada seorang profesor cakap, PhD ini rezeki, tak semestinya pelajar pandai akan lulus. Kalau Allah tak izinkan, tak juga. Itu yang bila panel penilai cakap ‘pass’ saya macam tak percaya. Kemudian proses viva saya sangat singkat iaitu satu jam 30 minit, sedangkan ada orang lebih lama dalam tiga jam, malah ada sebahagian kes sampai sambung esok hari. Saya ada berbual dengan kawan-kawan yang PhD, mereka cakap mungkin perjalanan saya berliku, jadi Allah permudahkan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Diddy yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, dia lega dan pengorbanan dilalui selama ini sudah terbayar.

“Mengenangkan jerit perih dengan membawa dua anak kecil dan merantau di bumi asing, sekarang dah lega. Ibaratnya terbayar segala pengorbanan. Sebelum ini rasa macam ada batu besar yang memberi beban besar di belakang. Nak jumpa orang pun malas. Sekarang ni bangun pagi tak tahu nak buat apa.

“Saya bukan anak orang senang. Saya belajar di luar negara dengan biasiswa dari 2014 hingga 2020. Bagi pengajian Ijazah Sarjana biasiswa saya dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPM) dan PhD dari UUM. Saya kena berkhidmat dengan UUM selepas tamat pengajian dan sekarang memang sudah mengajar di UUM,” katanya.

Dalam masa sama, Diddy berkata, perjalanan dalam bidang pendidikan itu memerlukan dia mengorbankan kerjaya seni dibina selepas keluar dari program Akademi Fantasia musim keempat (AF4).

“Sebenarnya, selepas AF 4 dan selepas beberapa tahun aktif menyanyi, saya terus sambung belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi UUM. Ketika itu UUM buka peluang kepada anak seni dan ambil peluang itu. Saya dapat keputusan baik dan ditawarkan menjadi tutor di situ. Alhamdulillah, seterusnya dapat peluang sambung Ijazah Sarjana dan PhD pula.

“Saya korbankan dan lupakan karier nyanyian. Alhamdulillah dah selesai PhD, mungkin boleh ‘refresh’ kerjaya seni,” katanya.

BACA:

Siti Bainun nekad saman kerajaan pula, gesa Rumah Bonda dibuka semula

Waspada semua, 2 Sub varian Omicron dikesan di Malaysia

Pas sanggup kalah PRU15, setia bersama Perikatan Nasional

CATEGORIES