Didakwa terlibat gerakan kumpul SD, ini penjelasan MT Umno

Didakwa terlibat gerakan kumpul SD, ini penjelasan MT Umno

Didakwa terlibat gerakan kumpul SD, ini penjelasan MT Umno.

Umno tidak terbabit dalam usaha mengumpul perakuan bersumpah (SD) dalam kalangan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mengambil alih kerajaan, kata anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Razlan Rafii.

gerakan kumpul SD

Razlan Rafii

“Ini semua cerita orang politik yang nak tutup salah kerajaan. Sepatutnya mereka berusaha menyelamatkan nyawa rakyat, bukan ‘nyawa’ sendiri.

“Dalam situasi sekarang, fokus sepatutnya pada usaha selamatkan rakyat, bukannya sibuk kumpul SD.

“Umno tidak terlibat dengan usaha mengumpul SD, sebaliknya kerja ini dilakukan oleh pihak dalam Perikatan Nasional (PN) dan PH yang ingin berkuasa,” dakwanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dilaporkan mengakui ada usaha mengumpul SD dalam kalangan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mengambil alih kerajaan.

Bercakap dalam temu bual yang disiarkan portal Malaysiapost pada 20 Jun lalu, Ahmad bagaimanapun berkata dia sendiri tidak didekati oleh mana-mana individu untuk menandatangani SD berkenaan.

Dia juga tidak menyatakan secara lanjut berkenaan usaha itu serta ahli Parlimen atau pemimpin yang terlibat.

Persaingan politik dilihat kian hangat dengan jangkaan sidang Parlimen akan diadakan tak lama lagi.

Kem Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini didakwa sedang membentuk kerjasama dengan PKR.

Bagaimanapun ada pemimpin parti, antaranya bekas naib presiden yang juga menteri luar Hishammuddin Hussein, dilihat tidak setuju dengan perkara itu.

Pada 10 Jun lalu, laporan portal The Vibes yang memetik sumber mendakwa ada usaha mendapatkan sokongan ahli Palimen Umno agar Hishammuddin dijadikan calon timbalan perdana menteri.

Portal itu juga mendakwa Muhyiddin Yassin akan berundur daripada jawatannya sebagai perdana menteri beberapa bulan akan datang untuk memberi laluan kepada Hishammuddin.

Hishammuddin bagaimanapun menganggap laporan itu sebagai khabar angin.

Mengulas lanjut, Razlan berkata pemimpin politik sepatutnya memberi fokus kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar mereka mengutamakan rakyat.

“Tetapi masing-masing nak tegakkan benang yang basah. Akhirnya rakyat ‘mati’ di tengah-tengah.

“PN masih ego, nak tegakkan apa yang mereka lakukan. PH pula sibuk nak rampas kuasa,” dakwanya.

Berita Penuh : https://m.malaysiakini.com/news/580011